Saturday, July 25, 2009

Kisah Aku dan Dia

Ini kisah aku dan juga dia..kenape aku mahu bercerita pasal dia? Sebab aku rasa mahu bercerita tapi aku x ketemu orang yg mahu mendengar..Hanya mendengar..

Dia..Siape dia ni? dia orang yg sudi mendengar bilaaku ingin bercerita..dia hanye mendengar walaupun cerita aku membosankan..dia hanya mendengar walaupun itu kali ketiga aku bercerita perkara sama..bila aku cerita perkara gembira dia turut gembira..mendengar sambil sesekali tertawa mendengar cerita aku..pabila kisah sedih aku cerita, dia hanya mendengar sambil sesekali bersuara memberitahu aku dia masih ada di situ mendengar kisah aku..tapi itu dulu..

sekarang? tiada lagi dia untuk mendengar..mungkin dia sudah bosan mendengar cerita aku..ya, kisah hidup aku di sini mungkin x mampu untuk membuat dia setia mendengar di hujung talian..aku memang begitu, dulu dan sekarang aku tetap sama..tetap hanya bercerita mengharap dia mendengar..hmm salah aku juga sebab aku hanya mahu dia mendengar cerita aku, tapi aku xpernah mahu mendengar cerita dia..dia sering bertanya apakah aku punya soalan untuk ditanyakan kepadanya..dan aku hanya menjawab tiada apa untuk ditanya..mungkin itu menyebabkan dia rasa aku tidak mahu mendengar..mungkin...

siapa dia kepada aku? soalan ini selalu keluar dari mulut dia dan jawapanku hanya ada satu, kawan. tetapi dia tidak mahu hanya kawan..dan aku?tetap dengan jawapanku, tidak berubah..alasanku, peperiksaan kian dekat..selama setahun setengah dia menunggu aku habis SPM..pabila SPM tamat soalan sama dia aju kepadaku..kali ini aku menjawab biar masa menentukan..waktu terus berlalu, dan dia setia mendengar cerita aku selama dua tahun sehinggalah saat aku memberitahunya aku akan ke Australia..waktu itu dia hanya mengangguk..aku tidak tahu anggukan itu untuk apa..aku di sini dan dia di sana, masih setia mendengar cerita aku..dia menjadi tempat aku mengadu..

tapi,setelah sekian lama dia bertanya lagi..siapa dia kepada aku? dan aku tanpa senggang waktu yang lama menjawab, you are my best friend, sambil tertawa..dia diam dan terus diam..soalan itu adalah kata2 terakhir yang aku dengar darinya hari itu..mungkin juga yang terakhir untuk selamanya kerana aku mendapat sms dari dia, "saya x mampu nak tunggu dah". hanya satu ayat sahaja dan dia terus menyepi..tidak ada lagi dia untuk mendengar celotehku..

bersalahkah aku pada dia? aku sendiri tidak tahu..tapi aku tidak mahu menipu dia dan aku sendiri kerana kasih aku untuk orang lain, bukan dia..



No comments:

Post a Comment