Akhirnya Ramadhan yang ditunggu sekian lame telah pun tibe. Tapi kan, kat Sydney ni ade 2 permulaan Ramadhan. Ade yg start 1 Ramadhan hari ni, dan ade yg esok baru start. Yang puase hari ini ikut anak bulan nampak kat Indonesia dan yang puase esok ikut anak bulan yg nampak kat Sydney la (tadi baru tgk anak bulan kat Sydney). Pasal hal ni aku pun confused la jugak. Hari tu pergi talk Ramadhan Knight, speaker tu cakap x boleh ade 2 permulaan Ramadhan dalam satu city. So dalam kes ni kire camner? Confused2.. Betape kurangnye ilmu di dada aku nih. Haih..
Ramadhan yang ditunggu sekian lame telah pun datang bertandang. Tapi kan, aku pulak yang pergi bercuti. So tak dapat nak menyambut tetamu yang datang. Sungguh kecewa kerana percutian ni bukanlah percutian yang dirancang. Tapi xpe, ade cara lain untuk meraikan tetamu besar ini. : ) To be honest kan, this is the first time aku excited bila bulan Ramadhan tibe sebab Ramadhan tu sendiri. Sebelum ni excited tu excited la jugak tapi excited sebab lain. Excited sebab tibanya bulan Ramadhan bermakne akan ade la bazar bazar Ramadhan, maka akan ade la tepung pelita, popia basah, karipap, air tebu, air kelapa, cucur udang, dadih, akok, keropok lekor (ni antara makanan feberet aku, hehe) dan macam-macam lagi la dijual setiap hari. Excited sebab tibanya bulan Ramadhan bermakne Aidilfitri akan menyusul selepas itu yang bererti aku boleh beli baju baru, kasut baru, tudung baru.
Tapi tahun ni aku excited bila Ramadhan tiba sebab aku xsabar nak jumpe diri aku yang sebenar. Tibanya Ramadhan bermakne syaitan-syaitan dibelenggu dan diikat. Xde dah syaitan yg nak menghasut aku untuk buat jahat. Yang ade hanyalah aku dan nafsu. Baik aku di bulan Ramadhan ni maka itulah aku yang sebenar. Jahat aku di bulan mulia ini maka itulah my real self. Xde dah alasan " isk ni semua syaitan la yang duk hasut aku..kalau x aku xbuat nih" bila buat benda xelok. Tahun ni aku excited sebab time Ramadhan ni ade unlimited sale yang hanya ditawarkan pada bulan ini yang membawa erti aku boleh dapat banyak benda dengan percuma. Itulah tanda Dia Maha Pemurah. For the first time aku excited sebab xsabar nak puase, xsabar nak terawikh, xsabar nak tadarus, x sabar untuk beribadah kepada sang pencipta, Allah yang Maha Agung.
And yeah, again I'm being honest tahun ni excited sebab tibenye bulan Ramadhan bermakne xsampai sebulan lagi aku nak balik Malaysia. Yeay!! Tak sabar nak jumpe keluarga dan sanak saudara. Again, homesick : (Ramadhan yang menghilang selama setahun kini telah pun memunculkan diri. Tapi kan, aku xbuat ape2 pun lagi untuk membuktikan sebab-sebab aku excited tahun ni. I'm exciting yet I do nothing to show how excited I am. Yeah let gets started now Hiedayyah!!
mmm kite mulakan dengan...........study utk esok..yeay (niatkan nak study kerana Allah S.W.T and it becomes ibadah inshaAllah.. )